Tuesday, 18 December 2012

Pengajian Agama Darul Mustafa


PENGENALAN
DAR AL MUSTOFA
LIDDIRASAT ISLAMIAH
TARIM,HADRAMAUT,YAMAN
(ILMU/SULUK/DAKWAH)

Logo Dar Al Mustofa
Dar Al Mustafa diasaskan oleh
        1.Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
        2.Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
Habib Ali Al masyhur

Dar Al Mustofa telah ditubuhkan pada bulan Syawal tahun 1414 H ( 1993 M )
dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah. ( 1997 M )

TUJUAN DAN MATLAMAT
kunjungan syeikh naji dari bahrain ke Dar Al Mustofa bersempena multaqo ulama di yaman hadramaut
Penubuhan Darul Mustafa adalah berteraskan 3 matlamat utama :-

  1. ILMU
Penguasaan  dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab sehingga kepada sumber yang mulia Nabi Muhammad S.A.W.

  1. SULUK   
Penyucian hati dan  jiwa ( dari sifat-sifat keji ) dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia serta beramal dengan sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W ke arah mendekatkan diri kepada Allah taala.

  1. DAKWAH
Penyebaran dakwah dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang teguh..

SISTEM PEMBELAJARAN DAN PROGRAM-PROGRAM


Pengajian dan program yang dijalankan di Dar Al Mustofa adalah seperti berikut :-

  1. 1.           Pengajian Ulum Syariah

  1.                   1.            Manhaj rasmi ,terbahagi kepada 4 peringkat :-

  1.                                       i.            Peringkat Ibtidae’         - permulaan         (المرحلة الابتدائية  )    1 tahun

  1.                                     ii.            Peringkat I’dadi            -pertengahan        (المرحلة الإعدادي  )    2 tahun

  1.                                   iii.            Peringkat Thanawi      -menengah           (المرحلة الثانوية  )      3 tahun

  1.                                  iv.            Peringkat Jami’ah       -universiti             (المرحلة الجامعة  )      4 tahun

  1. Pengajian Tahfiz Al Quran         -menghafaz 30 juzu'                            1 tahun

  1. Pengajian Krusus Jangka Masa Pendek                                    1 tahun
-di buka untuk pemohon ( berkelayakan ) yang berminat untuk mendalami 3 matlamat ( Ilmu , suluk , dakwah )

  1. Pengajian Krusus Bahasa Arab                                        1 tahun
-di buka untuk pemohon yang tiada asas Bahasa Arab


Matlamat
  1. 2.                  Pembentukan akhlak :

  1.                                              1.           Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
  2.                                              2.           Membaca azkar dan aurad dalam Khulasah Madad An-Nabawi pada waktu yang ditetapkan.
  3.                                              3.           puasa 3 hari setiap bulan (13,14 dan 15 haribulan hijri)
  4.                                              4.           sedekah sekadar kemampuan

  1. 3.           Penyebaran Dakwah :
       1.               Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat        Jumaat mengikut giliran
       2.               Menziarahi para Ulama’ , tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
       3.               menghadiri majlis-majlis maulid, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.


Perjumpaan dengan ulama'-ulama'

* Dar Al Mustofa juga menyediakan Kursus Musim Panas setiap awal bulan Julai selama 40 hari terbuka kepada mahasiswa, guru-guru, pegawai kerajaan dan orang awam dari pelbagai Negara.


Dar Al Mustofa

 
KEMUDAHAN DAN PRASARANA

  1. Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin, katil, almari, meja belajar dan lain lain.
  2. Perpustakaan
  3. Klinik
  4. Bilik tetamu
  5. Kedai buku
  6. Kantin
  7. Kedai runcit
  8. Perkhidmatan telefon
  9. Pengurup wang
10. Dan lain lain
                    
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PELAJAR


1.  Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran .

  1. Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab    ( membaca , menulis , bertutur )

  1. Hendaklah berumur melebihi 18 tahun . Jika  pelajar  berumur  17  dan  ke  bawah  hendaklah  tinggal  bersama  ahli keluarga  atau  penjaga.

  1. Kedatangan ke  Dar Al Mustofa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan  oleh Dar Al Mustofa (jika ada).

  1. Bagi pelajar yang yang ingin terus memasuki peringkat I’dadi hendaklah selesai belajar kitab-
     kitab seperti yang telah ditetapkan di peringkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus 
     memasuki peringkat Thanawi & Jamiah, hendaklah telah selesai belajar kitab-kitab yang telah
     ditetapkan di peringkat I’dadi & Thanawi.

8.  Telah lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Dar Al Mustofa.

9.  Mengemukakan permohonan lebih awal dan hadir di Dar Al Mustofa  ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di awal bulan Rejab hingga pertengahan bulan Syaaban setiap tahun. ( REJAB – SYAABAN )

10. Lulus pemeriksaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari 
     penyakit yang berbahaya.( HIV,HepBA )
11. Berkemampuan untuk membayar yuran-yuran yang ditetapkan :-

Pembayaran :
1. Yuran Dar Al Mustafa

190  USD@
36 000 YER Bayaran setahun

2. Bayaran pemeriksaan darah


3400 YER

3. bayaran visa tahun pertama

50 USD @
9000 YER

4.
Bayaran visa
Tahun seterusnya

8000 YER

5.
Bayaran wang jaminan
520 USD dan 4000 YER

Tiket pulang
( mengikut perubahan harga tiket )
6.
Yuran pembelajaran
850 USD

Krusus Bahasa Arab Sahaja

ALAMAT

DAR AL MUSTOFA LIDDIRASAT ISLAMIAH,
P.O BOX 58049, AIDEED, TAREEM,
HADRAMOUT, REPUBLIC OF YEMEN.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web darul mustafa @ daurah saifiyyah

NO. TEL   :           00967 5 417888 /  417880
NO.FAX   :           00967 5 417886 / 417883 / 417792
Email          :           dar_almustafa@hotmail.com
Laman Web:           www.darAlmostafa.com  @  www.thedowra.com

Email Persatuan Pelajar Malaysia, Dar Al Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman
                  :           ukhuwahdarulmustafa@yahoo.com


Perhatian : laman web THEDOWRA adalah laman web untuk krusus khas bagi penutur bahasa english, tetapi pelawat boleh mendapat maklumat dan gambaran mengenai daurah
atau e-mail daurah : course@daralmostafa.com
atau hubungi wakil Dar Al Mustofa :

Malaysia :        
SYED MOHD BIN HAFIZD ( KUALA LUMPUR )                        TEL : +6 0193316617

Hadramaut, Yaman :
                        SAUDARA MUHAMMAD NASRULLAH BIN NADZRI
 TEL : +967 711 017 196
 TEL : +967 736 330 152

Ok Artis pulak

Bulan lepas aku ade baca satu paper pasal Pierre Andre dah lima bulan ikut jemaah tabligh. Mula-mula baca aku termenung sat. Eh bukan ke baru ni aku ada terbaca dalam satu blog tu dia habaq kata Pierre sibuk ngan usrah sekarang...aku konpius berikutan dakwaan tersebut.

Aku pikir balik, ooo mungkin ada betulnya jugak, masing-masing nak tumpang femes kaan.. Bila artis dah berubah semua nak mengaku masuk geng dia.. kerja Dakwah pintu ke pintu malas nak buat, yang rajinnya berdakwah kat dalam internet kot.. adoii

Takpe la, aku tak marah pun korang nak ngaku masuk geng korang pun, at least do some respect la kepada semua pendakwah2 yang dah bersengkang mata, tinggalkan anak bini semata2 nak berdakwah negeri ke negeri, negara ke negara... please ok


Syabas dan tahniah kepada Brother Pierre (nama pun memang saleh habis)..hehe

Allah telah pilih beliau untuk keluar ke jalan Allah selama 40 hari di Perak Darul Redzuan awal bulan ini. Korang yang duk komen berapi2 tu bila lagi?..ada berani?...

Jahil tahap hamster

Aku update status dalam FB pasal sunnah, aku tanya kenapa perlu berbangga dengan pakaian barat??... Pomm, meletup macam belon, tiba-tiba status aku mendapat like macam pisang goreng..hahaha.. Maka muncul lah beberapa keyboard warrior dan ustaz google sembang pasal Agama padahal JAHIL tahap hamster.

Ada yang kata "pakai sunnah tak sesuai dengan zaman, Nabi suruh kita dakwah ikut suasana kaum..bla,bla,bla.. Tak kurang jugak yang sokong kenyataan aku, Nabi buat dakwah tak pakai macam orang jahiliah pun.. Huh, terdiam kau..

Kesimpulannya, kepada yang tak nak pakai kopiah ke, jubah ke.. itu terpulang pada korang, aku tak paksa kan?..Cuma lebih baik korang duduk diam, tak perlu pun nak kritik atau komen dengan cakap tak sesuai atau tak ikut arus zaman...Aku rasa tak perlu kot aku senaraikan hadis2 pasal kepentingan amal sunnah dan bahaya mengikut budaya barat ni, sebabnya dah banyak ustaz2 mengajar bab tu.


Setiap hari bagi korang yang tak berapa suka dengan pemakaian sunnah tu, lepas setiap selepas solat korang perlu doa dan minta pada Allah beri kekuatan kat korang untuk amal sunnah Nabi zahir dan batin habis cerita, tak payah gaduh2..

Sunday, 29 July 2012

Apa kena dengan Olimpik?

Selepas terawih 20rakaat semalam, balik rumah makan bubur lambuk, rehat depan T.V sambil menonton Olimpik walaupun aku ada final exam esok kan.. tak pe buat2 rileks. jangan menggelabah.

What about todaaay??..

Olimpik atau Olympic Games adalah permainan sukan paling termasyhur dan tersohor di muka dunia buat setakat ini. Menurut encik.Wiki, Olympic itu adalah permainan kaum Greece terdahulu. iaitu kaum yang ada raja bernama Hercules. Mereka sembah dewa-dewa dan juga api. Ok full stop.

Aku nak tanya korang yang terlalu taksub dan bersemangat sangat menyanjung Olimpik ini?. Kenapa perlu menangguhkan puasa semata-mata untuk bermain di dalam Olimpik. Yang manakah lebih utama bagi kita sebagai orang islam?.

Cuba kita fikir sejenak, kenapa orang kafir yang menguruskan Olimpik ini menetapkan jadual pada bulan RAMADHAN yang mulia? sedangkan bulan inilah yang ditunggu2 oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah r.anhum...

Kenapa juga orang kafir ini menggunakan pokok Yahudi semasa waktu perasmian Olimpik baru2 ini? Pokok yang mana disebut2 oleh Rasulullah s.a.w sebagai pokok yang akan melindungi kaum yahudi dan kafir dari dibunuh oleh tentera al-Mahdi.


Kenapa juga Maskot Olimpik kali ini adalah makhluk bermata satu seakan-akan Dajjal Laknatullah?..

Adakah semua ini secara kebetulan?..Aku rasa tidak, semua ni dah disusun dan diselenggarakan oleh puak Yahudi yang bertopengkan eksekutif dan professional.

Aku tahu ada sebahagian manusia akan kata aku terlalu taksub dengan "video the arrival"..hoho...seriously NO..okay.

Dalam benak fikiran aku lah kan, niat mereka yang menyanjung Olimpik ni sebenarnya adalah MEREKA SEMUA MAHUKAN SANJUNGAN DAN KEMASYHURAN, DAN KITA JUGA MAHUKAN PENGIKTIRAFAN MASYARAKAT DUNIA BAHAWA MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG MAJU DALAM BIDANG SUKAN.. itu je kan?

Dalam masa yang sama pengiktirafan Allah Tuhan Yang Maha Satu dikecil-kecilkan, semua hukum agama nak cari kelonggaran,kata mereka : "takpe tak tutup aurat pon, takpe sentuh laki pompuan pon, takpe qada solat pon, lepas ni kita bertaubat la, lepas ni kita pergi mekah la..bla bla bla "..Yang orang alim pulak menyebelahi kaum jahil2 ni. Lepas tu korang berdalil pulak, sukan ni bagus untuk kesihatan. WTF!!! welcome to facebook


Maka semakin kelirulah masyarakat Islam di Malaysia, bahawa mereka menyangka Islam ini hanyalah sekadar Halal dan Haram.. kemudian mengejar-ngejar kelonggaran dan rukh-soh... Apa lagi yang tinggal dalam amalan ummat Islam kalau semua rukhsoh?.

Post aku kali ni bukan nak selar atau attack sesiapa, cuma aku nak menyuarakan pendapat sahaja. Kita perlu bijak dan berhati-hati dalam mengenal pasti keutamaan kita sebagai orang yang beriman. Kalau dah bersukan dan terpaksa korbankan puasa, itu dah melampau sangat la bagi orang biasa macam aku ni. Bagaimana la kalau Rasulullah s.a.w hidup bersama kita sekarang, korang rasa Baginda akan suka ke sedih?. Fikir-fikirkanlah... Yang membezakan kita adalah Taqwa bukan Fatwa.

Semua busuk

Di suatu petang yang hening, aku berada di pinggir rumah menghirup udara petang yang agak tenang walaupun rumah aku berada agak dekat dengan jalan besar. Sambil melihat manusia2 yang masing2 menyibukkan diri untuk ke bazar Ramadhan.. Biarlah mereka bahagia disana.

Sedang aku menggelamun seorang diri, dua biji mataku secara tidak sengaja telah terpandang beberapa awek menunggang motor dengan bersahaja , dan awek2 tersebut berpakaian seperti biasalah iaitu tak tutup aurat dan membuatkan aku tergamam seketika kopiah macam nak tercabut. Aku nak giling kepala pon tak boleh kan, sebab aku pun masih bujang bergetah, tambahan pulak aku pun tak lah berapa baik sangat T__T.

Tapi peristiwa sesaat tersebut membuatkan otak aku berfikir, sebenarnya betapa lemahnya kita sebagai manusia. Hensem, Cantik, Lawa macam mana pun kita, kita sebenarnya tidak sempurna, manusia semuanya busuk. Busuk yang teramat. Manusia semuanya tengkorak, rupa yang sama.. Yang lawa hanya luaran, yang wangi itu perfume. 






Ramai orang mengejar2 kecantikan, lawa dan hensem ni, kata mereka barulah masyarakat hormat. Hmmm.. ye la itu kata mereka kan, aku tak deny pun. Tapi kita kena ingat setakat mana sangat kita boleh mengawal kecantikan luaran itu, bila dah tua, tak ke semua tu hilang??..

Sebab tu lah alim ulama menggalakkan kita memperbaiki dan mempertingkatkan kecantikan dalaman, atau batiniah. Iaitu yang berkait dengan akhlak, perangai dan cara kita melayan masyarakat. Itu adalah kecantikan yang sebenarnya.. Yang akan sentiasa diingati manusia, dan disayangi Allah.

Jadi fikir-fikirkan lah, Manusia tu semuanya busuk, jadi jangan lah terkejar2 sangat, buat biasa je..


Saturday, 21 July 2012

Aku yang Baru



Pengajian Jarak jauh agak memeritkan. Biarlah.. Aku ada matlamat, ada tujuan.. Course Business Admin ini agak sukar. Mungkin bagi aku sahaja.. Mungkin juga kerana aku belum pernah menjejakkan diri di Universiti sebelum ini dan ini kali pertama.. Entah

Akhir bulan ni dah final exam... Allah je yang tahu betapa beratnya bebanan aku.. komitmen kerja pun aku perlu penuhi.. itu belum cerita bab komitmen untuk Agama..

Bukan apa.. kalau belajar full time, ada la jugak study group ke apa kan.. Biarla.. Life must go on...

Monday, 16 April 2012

Solehah untuk yang Soleh


Pernah tak korang berfikir, kenapa Allah s.w.t buat sistem jodoh yang amat complex dan sempurna ini?..apakah hikmah disebaliknya?..

Bila kita renung betul2 dan berfikir sedalam-dalamnya, memang ada banyak hikmahnya. Diantaranya adalah lelaki yang tidak soleh dijodohkan dengan wanita yang tidak soleh juga. 

Contohnya si suami seorang artis, dia dah biasa berkawan dengan perempuan, hingga minum2 bersama, lepak2 kat rumah, semua tu biasa bagi dia. Begitu juga si isteri yang berkawan dengan ramai lelaki, kawan je katanya. Maka si suami buat biasa je bila tengok isteri dia bersalam dengan "kawan lelaki". Begitu juga si isteri melihat gelagat suaminya dengan wanita lain...Semuanya biasa bagi mereka.

Tetapi berbeza dengan pasangan suami isteri yang soleh, kehidupan mereka berasaskan Agama, kesetiaan, keikhlasan dan kasih-sayang adalah perhiasan dalam kehidupan mereka. Alangkah indahnya, si suami menjaga pandangan mata melihat wanita bukan mahramnya, bercakap hanya apabila perlu. Begitu juga si isteri yang menjaga batas pergaulan apabila bersua lelaki bukan mahramnya.. Tenang..

Itulah lumrah alam ini, Yang Terbaik untuk Yang Terbaik...Hikmahnya Allah..


Sunday, 15 April 2012

Kenapa Lelaki Perlu Berjanggut



Dalil atau hadis Nabi tentang simpan janggut

Hadis #1
Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
" Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda.
" Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"

Hadis #4
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka;
"Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab,
" Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut.... sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar...

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)
Imam Qurtubi menyatakan,
" pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"


Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu


Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya
" Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"

Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut,
" Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"

Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya "kecil"atau "mudah" tetapi ia membawa begitu besar pengertian.

Kelebihannya :-

  • Sunnah Rasulullah s.a.w
  • Menampakkan kelelakian
  • Kelihatan lebih ‘macho’
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu


Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
 
© Copyright 2035 Cerita Sejuk
Theme by Yusuf Fikri