PENGENALAN
DAR AL MUSTOFA
LIDDIRASAT ISLAMIAH
TARIM,HADRAMAUT,YAMAN
(ILMU/SULUK/DAKWAH)

Logo Dar Al Mustofa
Dar Al Mustafa diasaskan oleh
1.Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
2.Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd

Habib Ali Al masyhur
Dar Al Mustofa telah ditubuhkan pada bulan Syawal tahun 1414 H ( 1993 M )
dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah. ( 1997 M )
TUJUAN DAN MATLAMAT

kunjungan syeikh naji dari bahrain ke Dar Al Mustofa bersempena multaqo ulama di yaman hadramaut
Penubuhan Darul Mustafa adalah berteraskan 3 matlamat utama :-
- ILMU
Penguasaan dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab sehingga kepada sumber yang mulia Nabi Muhammad S.A.W.
- SULUK
Penyucian hati dan jiwa ( dari sifat-sifat keji ) dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia serta beramal dengan sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W ke arah mendekatkan diri kepada Allah taala.
- DAKWAH
Penyebaran dakwah dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang teguh..
SISTEM PEMBELAJARAN DAN PROGRAM-PROGRAM
Pengajian dan program yang dijalankan di Dar Al Mustofa adalah seperti berikut :-
- 1. Pengajian Ulum Syariah
- 1. Manhaj rasmi ,terbahagi kepada 4 peringkat :-
- i. Peringkat Ibtidae’ - permulaan (المرحلة الابتدائية ) 1 tahun
- ii. Peringkat I’dadi -pertengahan (المرحلة الإعدادي ) 2 tahun
- iii. Peringkat Thanawi -menengah (المرحلة الثانوية ) 3 tahun
- iv. Peringkat Jami’ah -universiti (المرحلة الجامعة ) 4 tahun
- Pengajian Tahfiz Al Quran -menghafaz 30 juzu' 1 tahun
- Pengajian Krusus Jangka Masa Pendek 1 tahun
-di buka untuk pemohon ( berkelayakan ) yang berminat untuk mendalami 3 matlamat ( Ilmu , suluk , dakwah )
- Pengajian Krusus Bahasa Arab 1 tahun
-di buka untuk pemohon yang tiada asas Bahasa Arab
Matlamat
- 2. Pembentukan akhlak :
- 1. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
- 2. Membaca azkar dan aurad dalam Khulasah Madad An-Nabawi pada waktu yang ditetapkan.
- 3. puasa 3 hari setiap bulan (13,14 dan 15 haribulan hijri)
- 4. sedekah sekadar kemampuan
- 3. Penyebaran Dakwah :
1. Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat Jumaat mengikut giliran
2. Menziarahi para Ulama’ , tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
3. menghadiri majlis-majlis maulid, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.

Perjumpaan dengan ulama'-ulama'
* Dar Al Mustofa juga menyediakan Kursus Musim Panas setiap awal bulan Julai selama 40 hari terbuka kepada mahasiswa, guru-guru, pegawai kerajaan dan orang awam dari pelbagai Negara.

Dar Al Mustofa
KEMUDAHAN DAN PRASARANA
- Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin, katil, almari, meja belajar dan lain lain.
- Perpustakaan
- Klinik
- Bilik tetamu
- Kedai buku
- Kantin
- Kedai runcit
- Perkhidmatan telefon
- Pengurup wang
10. Dan lain lain
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PELAJAR
1. Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran .
- Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab ( membaca , menulis , bertutur )
- Hendaklah berumur melebihi 18 tahun . Jika pelajar berumur 17 dan ke bawah hendaklah tinggal bersama ahli keluarga atau penjaga.
- Kedatangan ke Dar Al Mustofa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan oleh Dar Al Mustofa (jika ada).
- Bagi pelajar yang yang ingin terus memasuki peringkat I’dadi hendaklah selesai belajar kitab-
kitab seperti yang telah ditetapkan di peringkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus
memasuki peringkat Thanawi & Jamiah, hendaklah telah selesai belajar kitab-kitab yang telah
ditetapkan di peringkat I’dadi & Thanawi.
8. Telah lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Dar Al Mustofa.
9. Mengemukakan permohonan lebih awal dan hadir di Dar Al Mustofa ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di awal bulan Rejab hingga pertengahan bulan Syaaban setiap tahun. ( REJAB – SYAABAN )
10. Lulus pemeriksaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari
penyakit yang berbahaya.( HIV,HepBA )
11. Berkemampuan untuk membayar yuran-yuran yang ditetapkan :-
Pembayaran :
1. Yuran Dar Al Mustafa
190 USD@
36 000 YER Bayaran setahun
2. Bayaran pemeriksaan darah
3400 YER
3. bayaran visa tahun pertama
50 USD @
9000 YER
4.
Bayaran visa
Tahun seterusnya
8000 YER
5.
Bayaran wang jaminan
520 USD dan 4000 YER
Tiket pulang
( mengikut perubahan harga tiket )
6.
Yuran pembelajaran
850 USD
Krusus Bahasa Arab Sahaja
ALAMAT
DAR AL MUSTOFA LIDDIRASAT ISLAMIAH,
P.O BOX 58049, AIDEED, TAREEM,
HADRAMOUT, REPUBLIC OF YEMEN.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web darul mustafa @ daurah saifiyyah
NO. TEL : 00967 5 417888 / 417880
NO.FAX : 00967 5 417886 / 417883 / 417792
Email : dar_almustafa@hotmail.com
Laman Web: www.darAlmostafa.com @ www.thedowra.com
Email Persatuan Pelajar Malaysia, Dar Al Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman
: ukhuwahdarulmustafa@yahoo.com
Perhatian : laman web THEDOWRA adalah laman web untuk krusus khas bagi penutur bahasa english, tetapi pelawat boleh mendapat maklumat dan gambaran mengenai daurah
atau e-mail daurah : course@daralmostafa.com
atau hubungi wakil Dar Al Mustofa :
Malaysia :
SYED MOHD BIN HAFIZD ( KUALA LUMPUR ) TEL : +6 0193316617
Hadramaut, Yaman :
SAUDARA MUHAMMAD NASRULLAH BIN NADZRI
TEL : +967 711 017 196
TEL : +967 736 330 152
1 comments:
assalamualaikum,saya pelaja lepasan spm dan saya berminat untuk belajar di darul mustafa..bolehkah saya menyambung pengajian di darul mustafa dan bagaimana untuk saya menyambung pengajian saya disana..adakah terdapat pembiayaan dan pengiktirafan di Malaysia ?
Post a Comment