Dalil atau hadis Nabi tentang simpan janggut
Hadis #1
Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)
Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
" Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)
Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda.
" Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"
Hadis #4
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka;
"Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab,
" Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."
Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut.... sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar...
Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)
Imam Qurtubi menyatakan,
" pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"
Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu
Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya
" Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"
Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut,
" Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"
Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.
Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya "kecil"atau "mudah" tetapi ia membawa begitu besar pengertian.
Kelebihannya :-
- Sunnah Rasulullah s.a.w
- Menampakkan kelelakian
- Kelihatan lebih ‘macho’
- Lebih hensem dan berkarisma
- Nampak soleh
- Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
- Lebih diminati wanita
- Mempunyai manfaat kesihatan
- Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)