Sedang aku menggelamun seorang diri, dua biji mataku secara tidak sengaja telah terpandang beberapa awek menunggang motor dengan bersahaja , dan awek2 tersebut berpakaian seperti biasalah iaitu tak tutup aurat dan membuatkan aku tergamam seketika
Tapi peristiwa sesaat tersebut membuatkan otak aku berfikir, sebenarnya betapa lemahnya kita sebagai manusia. Hensem, Cantik, Lawa macam mana pun kita, kita sebenarnya tidak sempurna, manusia semuanya busuk. Busuk yang teramat. Manusia semuanya tengkorak, rupa yang sama.. Yang lawa hanya luaran, yang wangi itu perfume.
Ramai orang mengejar2 kecantikan, lawa dan hensem ni, kata mereka barulah masyarakat hormat. Hmmm.. ye la itu kata mereka kan, aku tak deny pun. Tapi kita kena ingat setakat mana sangat kita boleh mengawal kecantikan luaran itu, bila dah tua, tak ke semua tu hilang??..
Sebab tu lah alim ulama menggalakkan kita memperbaiki dan mempertingkatkan kecantikan dalaman, atau batiniah. Iaitu yang berkait dengan akhlak, perangai dan cara kita melayan masyarakat. Itu adalah kecantikan yang sebenarnya.. Yang akan sentiasa diingati manusia, dan disayangi Allah.
Jadi fikir-fikirkan lah, Manusia tu semuanya busuk, jadi jangan lah terkejar2 sangat, buat biasa je..
2 comments:
terasa sy...kikiki
Awak merasai nye ke uncle wan?... :-)
Post a Comment